You Are Here: Home » ISMA Kemaman » Dakwah » Allahyarham Nik Abdul Aziz tinggikan kepemimpinan ulama

Allahyarham Nik Abdul Aziz tinggikan kepemimpinan ulama

 tok guru Nik Aziz

CHUKAI, 13 Februari – “Membawa arus kepemimpinan ulama sebagai teras utama model kepimpinan politik dan masyarakat adalah merupakan sumbangan utama sepanjang hayat Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat”, jelas Timbalan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kemaman, Ustaz Haji Sufkeri bin Ibrahim.

Kehadiran Allahyarham dalam pentas politik tanah air telah berjaya membawa perspektif masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyokong dan menyanjung ulama’ sebagai kepemimpinan yang berwibawa dalam semua aspek yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Ujar Ustaz Sufkeri lagi, “Kami juga turut berdukacita dengan pemergian Allahyarham dan kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi pemergian insan yang tersayang untuk berjumpa dengan Allah s.w.t.”

Walaupun Allahyarham telah tiada, kami amat berharap agar masyarakat di Malaysia agar terus meletakkan ulama’ sebagai kepemimpinan yang tertinggi dalam pentadbiran agar keadilan dan kemuliaan agama Islam dapat dirasai oleh seluruh ahli masyarakat, jelas Ustaz Sufkeri.

 Sufkeri Ibrahim rev1

Ustaz Sufkeri dipetik berkata demikian semasa menyertai program Qiamullail bulanan anjuran gabungan ISMA Kemaman dan ISMA Dungun.

Tarikh pemergian Allahyaham juga sangat istimewa kerana memiliki tarikh yang sama dengan kesyahidan tokoh dan pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

al banna 12 Februari

Individu yang berminat untuk menyertai program anjuran ISMA di Kemaman bolehlah menghubungi hotline ISMA Kemaman di 018-966 1500.

Laporan oleh,

Ahmad Rafiuddin Ab Ghani,

Wartawan ISMA

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top