You Are Here: Home » Dunia Islam » Himpunan raksasa Jumaat sokong Presiden Morsi

Himpunan raksasa Jumaat sokong Presiden Morsi

Himpunan raksasa Jumaat sokong Presiden Morsi

MESIR, 12 Julai – Sebuah perhimpunan raksasa akan diadakan di Kaherah oleh jutaan rakyat Mesir yang menyokong Presiden Morsi.

Perhimpunan tersebut bertujuan menunjukkan solidariti rakyat Mesir yang majoritinya menolak penggulingan presiden oleh tentera. Perhimpunan itu dinamakan “Jumaat Al-Hasm” iaitu Jumaat Penentu yang akan menentukan masa depan negara Mesir.

krisis-mesir1Jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi tulang belakang perhimpunan ini tetap bertegas dengan pendirian mereka bahawa Morsi masih presiden yang sah. Mereka juga akan meneruskan perhimpunan sehingga jawatan Morsi dikembalikan.

Empat lokasi utama yang menjadi kawasan perhimpunan penyokong Morsi ialah kawasan di sekitar Kaherah iaitu Medan Raabah Al-Adawiyah, Medan Nahdah, Masbero dan 6th October City selepas solat Jumaat sehingga ke waktu sahur.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan anti Morsi masih ada sebahagian kecil yang berkumpul di Medan Tahril.

 

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top