You Are Here: Home » ISMA Kemaman » Jamuan Aidilfitri ISMA Kemaman 2015

Jamuan Aidilfitri ISMA Kemaman 2015

Jamuan Aidilfitri ISMA Kemaman 2015

Kemaman, 14 Ogos 2015 – Majlis Sambutan Hari Raya ISMA Kemaman yang merupakan acara tetap tahunan diadakan secara besar-besaran dan disambut dengan suasana yang meriah di sini. Seramai lebih 600 orang pengunjung yang terdiri daripada ahli-ahli ISMA Kemaman serta penduduk sekitar telah memeriahkan majlis yang turut diceriai dengan kehadiran pemimpin masyarakat setempat. Majlis jamuan ini telah diadakan dikediaman YDP Isma Kemaman, Ustaz Hj. Mohd Zulkifli Ibrahim dan isteri beliau Ustazah Nurul Adzha Ghazali.

“Majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan masyarakat Kemaman kepada ISMA. Selain itu kita ingin memberi pendedahan kepada ahli-ahli ISMA Kemaman dalam tatacara menganjurkan program yang besar”, ujar saudara Syafiq yang juga merupakan setiausaha ISMA Cawangan selepas majlis berlangsung.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP yang terdiri daripada wakil-wakil AJK Masjid di sekitar daerah Kemaman. Turut hadir ialah Yang Berhormat Adun Chukai, Tuan Haji Hanafiah Mat bersama KDPP Cawangan.

Untitled-9ISMA Kemaman turut mengambil peluang di dalam majlis ini dengan pelancaran Biro Pemuda ISMA Kemaman, yang diharapkan akan mampu menggencarkan lagi aktiviti ISMA di kalangan pemuda dan belia. Di samping ucapan alu-aluan oleh YDP dipermulaan majlis, Saudara Azmir bin Nadzar turut memberi ucapan menyatakan pengharapan beliau agar diberi kekuatan baru sebagai Ketua Angkatan Pemuda ISMA (API) cawangan Kemaman. Majlis pelancaran API ini seterusnya dirasmikan oleh wakil API daripada pusat iaitu saudara Mohd Sahrularifin Ab Manan.

Di samping jamuan hariraya yang dihidangkan, para tetamu juga dihidangkan dengan pameran sekitar aktiviti ISMA di Kemaman dan kempen kesedaran menolak TPPA.

———————————-

# Gambar-gambar sekitar majlis turut boleh dilihat di www.facebook.com/media/set/?set=a.890033841066502.1073741854.121766514559909

Untitled-2

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top