You Are Here: Home » Malaysiaku » Kronologi Pendakwaan Presiden ISMA 2014

Kronologi Pendakwaan Presiden ISMA 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Berikut adalah kronologi ringkas bagi kes pendakwaan ke atas Presiden ISMA, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman

01jamilkhirMAC 2014 – Perisitwa ini rentetannya adalah bermula secara positif. Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya semasa menggulung usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat berkata kerajaan Persekutuan sedia untuk bersama menyokong sekiranya ada undang-undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan di Parlimen.

http://www. youtube.com/watch?v=xtD3-J-1hYk#t=530

02mbkelantan3 April 2014 – Kerajaan PAS Kelantan melalui ahli Parlimen mereka mengumumkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Tindakan ini dilihat sebagai menyahut satu kenyataan bahawa kerajaan persekutuan bersedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang hudud.

http://www.astroawani.com/news/show/kelantan-mahu-laksana-hudud-qisas-tahun-depan-33074

03karpal7 April 2014 – Karpal Singh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor menggesa kesemua Ahli Parlimen DAP yang berjumlah 38 orang menolak usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen. Perkara ini disahkan lagi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 28 April yang sebulat suara mengeluarkan beberapa resolusi menolak rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, antaranya turut menegaskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud  PAS bukan polisi pakatan kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu selama ini.

http://mymassa.blogspot.com/2014/04/karpal-pujukpaksa-yb-pakatan-tolak-hudud.html

04siong9 April 2014 – Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu bersatu hati menolak cadangan PAS tersebut dan akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan. MCA juga kemudiannya menubuhkan jawatankuasa bertindak khas melibatkan 100 orang peguamnya untuk menghalang enakmen hudud Kelantan diluluskan mengikut saluran undang-undang.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/04/09/mca-sepakat-tolak-hudud-pas/

Juga berlaku beberapa siri tindakbalas yang benar-benar mengguris bahkan mencabar kedudukan Islam di bumi Malaysia, antaranya;

  1. Pemuda Gerakan ancam tindakan mahkamah jika PAS bentang hudud di parlimen.
  2. Lim Guan Eng mengugut PAS akan kehilangan Kelantan jika berkeras mahu membentang hudud di parlimen.
  3. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.
  4. MCA lancar kempen anti hudud.
  5. Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.
  6. Wanita MCA lancar kempen ‘Say no to PAS hudud’.
  7. Malaysia akan menjadi sebuah negara teokratik Islam, kata Pemuda MCA.
  8. DAP Selangor bertegas bantah hudud.

04abdullah6 May 2014 – ISMA mengeluarkan kenyataannya sebagai tindakbalas kepada siri bantahan (sebahagiannya adalah penghinaan) kepada idea perlaksanaan hudud tersebut. Ustaz Abdullah Zaik selaku presiden ISMA menyatakan tiada siapa yang berhak untuk mempertikai kedaulatan Islam & Melayu di Tanah Melayu ini. Ummat Islam perlu diberikan haknya untuk bebas beramal dengan ajaran Islamnya. Dengan lebih keras beliau menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.

http://www.ismaweb.net/2014/05/kedatangan-pendatang-cina-bersama-penjajah-british-satu-bentuk-pencerobohan/

Kenyataan ISMA ini kemudiannya didetailkan lagi dengan satu sidang media khas yang dibuat tiga hari kemudian oleh beliau berkaitan isu berkenaan ;
http://www.ismaweb.net/2014/05/kenyataan-penuh-presiden-isma-9-mei-2014/

 

05patail7 May 2014 – Dua parti yang berasaskan Cina, DAP dan MCA membuat laporan polis hari ini susulan daripada kenyataan Isma yang mendakwa kaum Cina penceroboh bersama penjajah British‎. Ini akhirnya membawa kepada tindakan Pejabat Peguam Negara meluluskan dakwaan keatas Presiden ISMA di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang.

 

 

 

Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama pejuang yang ikhlas dijalanNya..

Jika orang-orang alim berterusan diam membisu kerana takut.. sedangkan yang jahil berterusan dengan kejahilan.. MAKA SAMPAI BILAKAH KEBENARAN AKAN KELIHATAN ??  — Imam Ahmad bin Hambal —

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top