You Are Here: Home » Dunia Islam » Mashaal: Hamas Tidak Akan Iktiraf Israil

Mashaal: Hamas Tidak Akan Iktiraf Israil

Mashaal: Hamas Tidak Akan Iktiraf Israil

10 Disember 2012 – Akhbar Jerusalem Post mendedahkan ketua Hamas Khaled Mashaal ketika lawatan pertamanya ke Semenanjung Gaza, berikrar pada hari Sabtu, 8hb Desember bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf Israil dan tidak akan sesekali mengabaikan tanah tersebut.

“Palestin milik kami dari sungai ke laut dan dari selatan ke utara. Tidak akan ada penyerahan ke atas seinci tanah, “beliau memaklumkan kepada lautan penyokong di perhimpunan terbuka yang menandakan ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas dan meraikan kemenangan pertubuhan tersebut ke atas Israil.

Beliau berkata, “Kami tidak akan mengiktiraf kesahihan pendudukan Israil oleh itu tiada pengesahan untuk Israil, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil.”

Jerusalem Post turut menyiarkan di dalam ucapannya yang tiada kompromi, Mashaal turut berikrar untuk membebaskan warga Palestin yang ditahan di Israil, membayangkan militant Islamis akan cuba menangkap tentera Israil untuk digunakan dalam tawar-menawar.

Berbaloi untuk menyatakan bahawa tahun lepas Israil telah membebaskan 1,027 warga Palestin dari penjara mereka sebagai tukaran kepada pembebasan Gilad Shalit, tentera Israil yang ditangkap oleh Hamas pada 2006 dan ditahan sebagai tebusan selama lebih lima tahun di Gaza. Namun begitu beribu-ribu lagi tahanan Palestin masih berada di penjara Israil.

“Kami tidak akan rehat sehingga kami bebaskan tahanan”. Cara kami bebaskan sebahagian tahanan pada masa lalu akan kami gunakan untuk membebaskan tahanan-tahanan yang masih berbaki” kata Mashaal kepada orang ramai.

Menurut akhbar, Mashaal merujuk lawatan beliau ke Gaza sebagai “kelahiran ketiga”, beliau berkata kelahiran keduanya ialah apabila beliau terselamat daripada percubaan bunuh oleh Israil di Jordan pada tahun 1997.

“Saya berdoa kepada Tuhan agar kelahiran keempat saya akan jadi hari kita membebaskan palestin”, tambah beliau.

Berjuta rakyat Palestin berhimpun di majlis terbuka, yang kemungkinan besar akan digunakan oleh Mashaal untuk mempromosikan kaliber Hamas yang semakin berkembang di dunia Arab dan mendorong perjanjian damai dengan seteru politik sekularnya, Fatah.

————————————————
Sumber: Palestine News Network | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP) | Amanpalestin.Net

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top