You Are Here: Home » Malaysiaku » MCA jangan keterlaluan campuri urusan umat Islam

MCA jangan keterlaluan campuri urusan umat Islam

BANGI, 3 Mac – Yang Dipertua ISMA Kuala Terengganu, Dr Razali Musa menempelak Pengerusi Biro Undang-undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA, Gan Ping Sieu, apabila dilihat cuba mencampuri urusan umat Islam di negeri itu.

Menurut Dr Razali, Ping Sieu keterlaluan dalam membicara isu dan perihal umat Islam.

dr-razali-terengganu“Seharusnya dia belajar dan buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Melainkan beliau hanya mengkaji syariah Islam kerana mahu menimbulkan keraguan seperti gelagat sebahagian orientalis Barat,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar ke laman ISMAweb.net, hari ini.

Baru-baru ini, Ping Sieu menganggap tindakan pihak berkuasa agama Terengganu yang akan melaksanakan hukuman mengarak umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat dalam kenderaan jenazah di sekitar pusat bandar ini jika masih berdegil dan terus mengulanginya setelah diberi kaunseling, sebagai keterlaluan.

Dr Razali mengingatkan Ping Sieu bahawa tindakan itu adalah sebagai pencegahan, bagi mengelak kesalahan yang sama akan berulang.

isma-slv-front-3

“Pelaksanaan hukuman dalam Islam ialah untuk mencegah dan menanam perasaan gerun kepada orang ramai. Bermakna, pelaku jenayah perlu berfikir seribu kali sebelum cuba melakukan kesalahan.

“Undang-undang dibuat untuk menjaga masyarakat. Hukuman yang tidak mencegah akan menjadi bahan senda sahaja.

“Lagi pula, hukuman yang dijalankan juga tidak lebih daripada nilai tambah kepada penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu yang dilulus oleh DUN.

“MAIDAM hanya mengambil pendekatan mendidik dan mencegah demi keberkesanan penguatkuasaan enakmen yang sedia ada,” katanya.

Dr Razali berkata, sejak akhir-akhir ini keberanian pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam mencampuri urusan umat Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi.

“Tidak kira sama ada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan sendiri. Nada dan alunannya tetap sama.

“Keadaan ini menggambarkan seolah-olah mereka tidak senang hati dan gelisah apabila umat Islam berusaha untuk menjaga komuniti Islam daripada anasir-anasir yang tidak sihat.

“Mereka agaknya lebih suka masyarakat Melayu Islam rosak dan tidak terkawal?,” katanya.


http://www.ismaweb.net/2015/03/mca-jangan-keterlaluan-campuri-urusan-umat-islam/

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top