You Are Here: Home » Artikel » Tazkirah » Salam Aidilfitri 1436

Salam Aidilfitri 1436

Salam Aidilfitri 1436

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

الله اكبر.. الله اكبر.. الله اكبر.. الله اكبر.. الله اكبر.. الله اكبر.. الله اكبر ولله الحمد… ه

Moga Allah menerima segala amalan serta mengurniakan kita dengan kejayaan mengharungi tarbiyah Ramadhan.. Juga semoga Allah mengurniakan kita dengan nikmat merasai Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang..

Alhamdulillah, kita zahirkan kegembiraan kita pada hari ini dengan bertakbir.. bertahmid serta penampilan yang terbaik yg kita miliki. Biarpun mungkin jiwa kita tidaklah sepenuhnya bergembira terutama tatkala menginsafi keadaan ummat di Syria, Iraq, Burma, Kashmir, Palestin dan lain-lainya. Doa dan Munajat buat mereka agar Allah mengurniakan keadaan yang terbaik buat saudara² seakidah kita di sana.

Namun kita tetap zahirkan kegembiraan kita di sini sebagai petanda kesyukuran sekaligus juga bukti keteguhan dan kekuatan ummat yang masih membara. Takbir kita adalah laungan pengesahan kewujudan denyutan urat nadi ummat yang sesekali tidak akan mengalah berdepan musuh-musuhnya. Termasuk musuh yang licik berupa pemikiran sesat Sekularisme dan Liberalisme juga budaya yang cuba memesongkan aqidah dan jatidiri Ummat ini.

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar… Dialah Tuhan yang Maha Agung.. Baginya jua segala puji-pujian..

Salam Aidilfitri 1436

Us Mohd Zulkifli Ibrahim
YDP Isma Kemaman 2015

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top