You Are Here: Home » Dunia Islam » Tindakan Israel tidak berperikemanusiaan

Tindakan Israel tidak berperikemanusiaan

Tindakan Israel tidak berperikemanusiaan

BANGI – Aman Palestin (AP) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan tidak berperikemanusiaan Israel melalui udara dan laut yang mensasarkan orang awam di Gaza, menurut Ketua Pegawai Eksekuti AP Awang Sufian Awang Piut.

AP meminta kerajaan Malaysia berbuat sesuatu kerana tindakan tidak bertanggungjawab Israel yang telah membunuh sekurang-kurangnya seorang pemimpin Hamas dan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kata Awang Sufian.

“Kami berharap rakyat Malaysia mengambil perhatian yang lebih serius mengenai isu Gaza kerana melalui sumber-sumber kami disana, terdapat kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 2008/2009 akan berlaku sekali lagi. Mereka memerlukan doa dan bantuan rakyat Malaysia, ini sememangnya tanggungjawab kita,” katanya.

Awang berkata dari sumber pejabat Aman Palestin di Gaza melalui pengurus cawangan AP Gaza Ir. Omar Seyam, serangan masih berterusan di Gaza sehingga kini dan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Omar Seyam berkata Gaza berada dalam keadaan genting dan berjaga-jaga sekarang ini untuk menerima sebarang kemungkinan. Terlalu sukar untuk digambarkan,” katanya mengenai perbualan telefonnya yang terakhir pada jam 2 petang waktu tempatan bersama pengurus AP Gaza itu.

Manakala, Malaysia melalui Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam berkata pembunuhan komandernya Ahmed Al-Jaabari di Gaza pada hari Rabu bererti Israel telah membuka laluan ke neraka untuk mereka.

© 2012 Theme By Momizat

Scroll to top